random : gelagat manusia ketika kenduri

1. Jenis yang banyak cakap

Manusia jenis ini acapkali kita jumpa ketika di majlis keramaian. Selalunya suara beliau bisa didengari di setiap penjuru kenduri. Kadang kala mencecah 100 mega decibel, kalah bunyi jet pejuang di Afghanistan. Ada sahaja topik yang mahu beliau sentuh, baik dari segi politik, ekonomi, sosial, sukan, keluarga, kesihatan…..pendek kata segala-galanya. Setiap tutur bicara beliau seolah-olah beliau begitu arif mengenai isu tersebut. Kebiasannya, tetamu-tetamu lain akan duduk di kelilingnya, dan mendengar setiap bait bicara dengan penuh khusyuk. Dari cerita pembunuhan warga mongolia di sebelah pihak kanan, atau cerita YB di sebelah kiri dengan skandal seks songsangnya atau juga kenapa Datuk Lee Chong Wei kerap kali kalah ketika bertarung dengan Lin Dan. Setiap maklumat diketahuinya secara terperinci umpama beliau berada di tempat kejadian. Beliau juga sanggup berbicara berminit-minit lamanya, dan kadangkala boleh mencecah selama satu jam, tanpa sebarang rehat dan boleh bertahan hanya dengan sehela nafas. Tum tam tum tam tum tam ( *bunyi beliau bercakap*). Beliau hanya akan berhenti jika seseorang tiba-tiba sahaja menghulurkan air kepada beliau. Tum tam tum tam tum tah…eh, ada air? minum kejap….kemudian tum tam tum tam kembali.  Nasib baiklah secara kebiasannya hanya seorang sahaja orang jenis ini yang biasa ditemui ketika di majlis keramaian. Jika terdapat lebih dari seorang, alamatnya sudah menjadi seperti gelanggang perdebatan pula nanti.

2. Drama Queen

Ketika di majlis keramaian mereka mahu kelihatan yang terbaik. Bak kata orang putih, the best. Baik dari segi pakaian, rambut atau tudung, cara duduk di atas kerusi, cara mahu menyuapkan makanan, cara mahu gelak ketawa, pendek kata segala-galanya. Makan nasi satu suap, kunyah dua tiga kali, telan perlahan-lahan, betulkan tudung sedikit, toleh kanan kemudian toleh kiri, gelak terbaha-bahak dengan kawan dan tiba-tiba sahaja tunduk malu kerana sebutir nasi terpelanting keluar dari mulut ketika ketawa. Bila keadaan kembali seperti sedia kala, segala-galanya akan diulang semula, tapi mungkin kali ini lebih cermat kerana tidak mahu dimalukan lagi. Maka tidak hairanlah ketika majlis keramaian atau kenduri, hanya untuk menghabiskan sepinggan nasi boleh mengambil masa selama 30 minit. Itu belum termasuk lagi masa yang diperuntukkan untuk bergosip. Sedang makan, tiba-tiba sahaja beliau mencuit kawan di sebelah beliau, menjuihkan mulut terhadapa seorang makcik, sambil berbisik-bisik kepada kawannya, “apa ke baju kurung mak cik tu dah macam kain langsir”. Semuanya serba tak kena, padahal mak cik itu tidak pernah mengacau hidup mereka pun.

3. Agen MLM

Mereka ini agak unik. Hanya mewakili 5 % daripada keseluruhan rakyat malaysia. Jadi, ketika di majlis keramaian, keberengkalian untuk berjumpa dengan mereka agak tipis. Jadi anda boleh kira diri anda sebagai orang yang bertuah sekiranya anda terjumpa mereka. Permulannya, buah bicara akan bermula secara biasa; bertanyakan khabar, bertanya kerja di mana sekarang, anak berapa…bla..bla…bla…bila rentak sudah mula dijumpai, barulah mereka akan mencucuk jarum. Sedang rancak-rancak berbual, mereka akan mengeluarkan katalog dan terus menyuruh kita membeleknya. Sambil itu beliau tidak habis-habis bercerita mengenai produk mereka. Sama seperti rancangan Smart Shop yang anda lihat di kaca television itu. ” ehhh..kak Jah, sabun basuh pinggan yang kak jah guna tu tak elok tau. Merosakkan alam sekitar. Kak jah tak tau ke ayaq basuhan pinggan tu nanti depa hantaq balik p laut…..tak kesian ka tengok penyu-penyu kat laut tu,,,sian depa hidup dalam ayaq yang penuh dengan sabun basuh pinggan…ni la yang saya nak suruh kak Jah beli produk saya ni, tak mahal…ergonemik lagi tu”. Kak Jah itu hanya mampu membeliakkan biji mata dan terpaksa mendengar setiap bait bicara agen MLM itu dengan penuh khusyuk. Itu baru penjual sabun basuh pinggan, belum lagi penjual kain. Tengah asyik-asyik bersembang, tiba-tiba sahaja dia keluarkan selonggok kain di depan kita dan terus menyuruh kita memilih. Ayat yang paling popular yang bisa kita dengar saat-saat begini adalah ” takpa kak, ambik dulu bayar kemudian”

4. Pem-facebook tegar

Haaaa…mereka ini ada sahaja di mana-mana. Jika berada di majlis keramaian, handphone itu tidak lekang dari tangan mereka. Setiap 1 minit, mahu lihat update status rakan-rakannya di telefon bimbit mereka. Nasib baik lah telefon bimbit mereka ada 3G. Bukan semua, tetapi 2/3 daripada manusia jenis ini gemar mengupdate status mereka sepanjang masa. Sebelum pergi kenduri, status mereka berbunyi : yayyy..nak pergi kenduri, tak nak makan banyak2, takut gemuk. Selang 30 minit kemudian bila berada di majlis keramaian tersebut, status mereka akan berbuyi : dah sampai!! ( sambil check-in tempat ). 10 minit selepas itu pulak : makan time..nyum-nyum. 3 minit selepas itu: eh..eh..ada mak cik pakai baju macam kain langsir. 10 minit kemudian : ada mak cik cuba nak jual sabun basuh pinggan kat aku….sayang betul mak cik ni ngan penyu2 kat laut, n btw, cane dia tau nama aku Jah?….. 15 minit kemudian, beliau akan pose di depan camera, tangan kanan diangkat tinggi untuk memegang telefon, sambil tangan kiri membuat tanda peace, itulah yang dipanggil camwhore….dan kemudian terus meng-upload gambar tersebut sambil meletakkan caption…’ oh, saya nampak gemuk dalam gambar ini’

come on guys,,,seriously, do you really need to update your status every minute. Get a life dude. Nobody gives a damn of what you’ve been up to.

5.Kuat makan

Orang jenis ini sangat senang dijumpai, sudah mejadi benda normal dalam hidup kita. Jika di majlis keramaian, mereka akan menguasai keseluruhan makanan. Jika makanan yang dihidangkan adalah dari jenis buffet,mereka akan bangun-duduk dan berulang dari meja makan ke tempat makanan yang dihidangkan itu untuk setiap 10 minit. Kebiasannya, mereka ini terdiri daripada orang-orang yang tidak banyak cakap atau dalam erti kata lain, pendiam. Tetapi, bak kata pepatah melayu, diam-diam ubi berisi, diam-diam dah tambah 10 kali. Mereka lebih gemar menumpukan perhatian ketika makan dan hanya memerhatikan keadaan sekeliling. Sambil makan, mereka akan berbisik di dalam hati mereka, ” ahh..lantak kau la Lee Chong Wei ke, nak betul tudung ke, penyu-penyu di lautan ke, facebook ke….yang penting aku dapat makan”

Advertisements

Happenings : of Singapore, gangsters and USS

* kali ni saya guna kata ganti diri pertama ‘gua’….. bunyi macam kasar kan, tapi begitulah kehidupan, ada yang kasar ada yang lembut…..(ehhh?)*

Gua tak pernah sampai Singapore. Biasalah, gua orang Penang, gua makan nasi kandaq dengan pasemboq tiap-tiap hari, gua tak makan Samosa atau Bihun goreng Singapore. Tapi sejak dua menjak gua duduk terperap kat rumah waktu cuti musim panas, gua dah jadi bosan tahap dewa gaban. Serius bosan bai. Serius gua tak tipu.

So, hari tu gua ngan kawan-kawan gua; fazu n fahmi pun pergi lah melawat Singapore dengan USS, Universal Studio Singapore. Sepatutnya ada ramai lagi yang ikut, tapi ramai pulak yang tetiba tak jadi. Takpa lah, since gua dah heboh-heboh kat semua orang pasal plan nak g singapore, lepas tu tiba-tiba pulak tak jadi, mau jatuh air muka gua ni. Mana gua nak nyorok muka gua yang comel ni. Jadi, nak tak nak gua pun pergi la Singapore dengan lagi 2 orang kawan gua.

Singapore okay la gua rasa. Lebih kurang je macam Malaysia. Tapi since tu first time gua sampai tempat ni, memang gua dah serupa rusa masuk kampung la. Tercengang-cengang sebentar. Nasib baik la kawan gua si Fahmi tu orang JB, jadi sedikit sebanyak dia tau la selok-belok kat tempat ni. Jadi, kami pun naik la satu bas express ni dari JB nak pergi USS tu. Tapi kan untuk masuk ke negara lain, kita kena lalu immigation whatsoever….ni yang gua hangin satu badan ni. Waktu nak lepas immigration Malaysia senang je, smooth gila. Tapi bila nak lepas sempadan Singapore tu yang kasi gua dengan kawan-kawan gua emo tiba-tiba. Dah lah borang yang nak kena isi untuk cross border tu depa tak sediakan, tiba-tiba ja dah habis atas kaunter. Lepas tu kami pun tanya orang tu tanya orang ni, mana borang….tapi tak dapat jugak. Mau la nak dekat 15 minit tercari-cari borang. Bas tu dah tunggu kat bawah. Lepas 15 minit baru la ada pegawai datang nak kasi borang. Bila dah dapat borang, lagi satu pulak masalah timbul, pen pula takdak. Tapi ni gua salahkan diri sendiri lah, sebab tak bawak pen. Mak gua selalu pesan, pergi mana-mana bawak pen. Ha….sekarang padan muka gua. Waktu gua tengah sibuk-sibuk cari pen tu tiba-tiba pulak gua boleh teringat kat mak gua. Kalau mak gua ada kat situ, sure dia tengah pot-pet pot-pet kat gua time tu. Nak cari pen pun ada la dalam 10 minit. So, campur 15 minit nak cari borang n 10 minit nak cari, 25 minit masa gua habis kat immigration singapore. Bila dah habis, lepas tu nak kejar bas…tengok-tengok bas dah takdak. Cikedisss betul. Gua dah tension tahap moksya masa tu.

Lepas tu, kami bertiga pun decide nak ambek taxi pergi MRT station. MRT ni macam keretapi depa lah. Kami pun naik lah taxi, lepas tu bila dah sampai MRT, kami pun nak bayaq la kat taxi driver. Since, gua ada 50 dollar je, gua pun bagi lah kat dia. Tetiba ja taxi driver yang melayu tu hangin satu badan. Dia cakap macam ni kat gua ngan kawan-kawan gua;

pakcik taxi  :  Hooooi….takda duit kecik ka? Tambang taxi 3 dollar ja

gua                    : takde pak cik, kami baru sampai je, takde duit pecah lagi

pak cik taxi : haihhh…menyusahkan orang ja datang negara orang. Yang ni budak-budak kecik pun tau kalau naik taxi kena bagi duit kecik. menyusahkan orang ja.

gua                    : * gua senyap lah…takkan la gua nak marah dia balik*

pak cik taxi : yang ni kalau orang singapore datang malaysia, orang malaysia layan sombong-sombong. hishhh…menyusahkan orang ja.

last-last pak cik tu bagi jugak duit baki. Dia ada ja duit baki, saja ja nak cari pasal marah kami. Gua memang bengang la ngan pak cik tu, tapi since gua ni perempua melayu terakhir, gua tak nak lah marah dia balik. Gua senyap je lah. Gua try la nak pikir positif, mungkin dia baru lepas gaduh ngan bini dia kot, sebab tu la dia hangin semacam ( eh…positif ke?) Tapi, before gua n kawan-kawan gua keluar dari taxi tu, gua sempat lagi cakap ‘terima kasih’ kat pak cik tu. Bukan apa, tak semestinya bila orang marah kat kita, kita kena marah orang tu balik. Api jangan dibalas dengan api. Api kena dibalas dengan air ( tiba-tiba pulak gua berfalsalfah). Lagi satu gua tengah ngantuk gila time tu, gua tido 2 jam je malam semalamnya. Jadi, baik la gua layan ngantuk gua daripada layan pak cik tu yang tengah marah-marah.

Dah habis drama dengan pak cik taxi tu, gua ngan kawan-kawan gua pun naik lah MRT tu pergi USS. Ada lah nak dekat sejam baru sampai sana. Letih tu memang letih, tapi gua ngan kawan-kawan gua maintain senyum ja.

Kat bawah ni gua bagi gambar-gambar waktu kat USS, gua tak larat nak type panjang-panjang sebab gua tengah puasa. Nanti gua ter-mengupat orang pulak. kadang-kadang gua buat salah, gua mana sedar. Nah, sila la belek gambar-gambar di bawah,

ni lah bas cikedis yang sampai hati tinggalkan kitaorang

ni waktu dalam train. gua emo-emo pun sempat pose depan camera. nampak tak mata gua yang tengah tahan ngantuk tu?

waktu mula-mula masuk. Gila ramai umat manusia nak ambik gambar kat sini ja, termasuklah gua

exploring

depan entrance....ramai jugak mat salleh dekat sini

penat-penat gua pose...tiba-tiba ada apek kat tepi

depa ni menyanyi ngan menari live

bapak besaq patung tu

lawa kan?

gua tak tau apa yang special pasal taxi ni, gua tengok ramai orang tangkap gambar depan taxi ni, gua pun tangkap gambar jugak

gila excited gua tengok kapal madagascar ni...

pokok ni pun sama...sebijik macam dalam kartun madagascar

cantik nak mampus

shrek kot. gua ni peminat kipas susah mati shrek

ambek hang...depan signboard madagascar

comei betul patung-patung tu

ni pun comel....gua minat gila ngan ginger bread man

ni pun depa menari live

roller coasters ni bapak best..gua jerit macam nak tercabut anak tekak ja

sexy la firaun ni..p la tutup badan tu sikit dengan kain

Gua rasa macam budak-budak bila masuk tempat ni. Gua kalau bab cartoon ni memang excited sikit. Gua lagi suka tengok cerita cartoon kat wayang daripada cerita jiwang karat atau cerita ganas-ganas. Kalau kat kedai DVD, gua tak belek la album Shakira ke, Ne-yo ke, Justin Timberlake ke…tapi gua belek DVD-DVD cartoon dulu.

habis je pusing-pusing kat USS tu, malam tu juga gua ngan kawan-kawan balik JB, lepas tu gua ambek bas pukul 12 malam terus balik KL. USS best, memang patut la korang pergi. Tapi letih la, jalan dari pagi ke petang.

p/s : sorry bahasa kasar sikit, baru lepas tengok KL gangsters….

me : Terima kasih cikgu-cikgu

well hello there world!!- anwar hadi

Well, there was a little girl, who was grew up in a small town. When she was small she did not had any ideas of what her future would hold.She did not had any dreams at all and had zero confidence level. She was just a plain girl, who woke up at 6 every morning, went to school, came back to home at 2, and eventually it become her daily routine. Every single day of her mundane life. Then, when she was 10, a teacher came to her and spoke these 3 words that made the little girl remembered them till now; ‘ dare to dream’.  Those words struck her so hard and made her thinking. Though she was only 10 years old, that words kept on riverberating on her mind. ‘ how long do i have to remain like this?’, ‘ i’m just a plain girl, i don’t deserve anything, besides the world will still remain the same if i don’t dream at all’, ‘ i have tons of dreams, but it will break my heart in two if i don’t achieve any of them’

From there on, she tried to change herself. She dare to dream. She tried to excel in her study, she involved in every single competitions, you name it – pidato, public speaking,netball, debate, and all sorts of quiz, though she had lost more than she had win, it didn’t break her heart. She kept on going and kept on going. And now look where she is, she is now 21 years old, a grown-up lady, and she is now in a medical school in ireland, the dream which she used to had and she never expected it would come true. She still falls, bleeds and cries up until now, but that doesn’t mean she will keep on crying forever. Life is too short to be cried over pathetic things. And to her teacher, Puan Norlida, this is for her.

Thank you to all my teachers in SK Sungai Nyior, Butterworth, Pulau Pinang

Thank you to all my teachers in SMK Dato’ Onn Butterworth, Pulau Pinang

Thank you to all of my teachers in SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang

without you guys, i wouldn’t be here, i would not have become of what i am today.

The picture above in salam perantauan above is just my little appeciation of what you all have given to me.

(though none of you will come across it)

Only Allah can repay all your kindness…

Again, from the bottom of my heart, thank you very much.

words : of people and their behaviors

there are two types of people in this world; those who love to please people and those who love to irritate people. For the latter, they seek personal satisfaction simply by criticising people around them, they love to watch us fall, bleed and cry. How to deal with them? Just send them to the Jigsaw Killer, and let him finish them off. The meaner and the more excruciating deaths they have to endure, the better it will be.

 

 

random : 10 nasihat untuk pemandu wanita

1. Mahiri ‘side parking’. Jangan jadi seperti perempuan yang berumur 21 tahun, tinggal di Putrajaya, mata lebam macam panda, tinggi nya macam budak umur 12 tahun, ( eh..macam aku je ) yang sangat tidak pandai membuat ‘ side parking’. Reverse, drive, reverse, drive, reverse, drive….pusing steering kiri kanan, lepas tu kanan balik, lepas tu kiri balik…..alih-alih kereta masih di posisi yang sama. Seinci pun tidak berubah

2. Kalau pergi isi minyak kat petronas tu, kebiasannya minyak yang akan diisi adalah minyak ron 95. Jangan fikir anda membawa sebuah ferrari berwarna merah, ada hati nak isi minyak ron 97.Picit punya picit nozzle minyak tu, sampai sakit-sakit tangan, takda minyak yang nak keluar.Cis, ron 97 rupanya . Ingat sikit anda hanya bawak kereta proton pesona sahaja. Itu pun pinjam kereta mak anda. Tahap kewangan anda hanya berupaya menanggung perbelanjaan menggunakan bas mini sahaja.

3. Kalau susah nak keluar dari tempat parking, al-maklumlah perempuan, panggil sahaja laki mana-mana yang anda jumpa di tepi jalan, buat muka manis sikit, lepas itu beritahu dia ‘ bro, mintak tolong bawak kereta saya sekejap keluar dari tempat parking ni boleh?’ Tidak mengapa jika anda berasa malu meminta bantuan orang. Takkanlah anda mahu menunggu sehingga hari kiamat jika hanya bergantung harap kepada diri anda seorang sahaja.

4. Jika anda tercalarkan kereta orang, terlanggar hatta terkemekkan kereta orang, cari tuan kereta tersebut sehingga anda menjumpainya, tidak kisah lah jikalau keadaan itu memaksadiri anda untuk menyelam lautan api atau memanjat setinggi gunung kiliminjaro. Bila sudah jumpa orang tersebut, katakan kepada beliau ‘ encik, minta maaf, saya sudah tercalarkan kereta encik’. Bukan apa, takut nanti kena soal siasat pula kat Padang Masyar.

5. Pastikan anda tidak memasang lagu-lagu rap ketika memandu kereta bersama ibu anda atau ibu mertua anda.  Jika anda masih berbuat demekian, nescaya tutur kata-kata yang bakal keluar dari mulut ibu anda adalah sebegini; ‘ tutup lah radio tu, tak sakit kepala ke dengar lagu macam tu’. Jangan sesekali anda membalas teguran ibu anda itu dengan ayat begini; ‘ rilek la mak, ni lah lagu zaman-zaman sekarang’. Jika anda masih berbuat demekian nescaya perang dunia ketiga akan meletus di dalam kereta.

6. Jangan terlalu bergantung kepada GPS. Hasil ciptaan teknologi ini kadang-kala tidak boleh diberikan kepercayaan 100%. Misal kata, jika anda mahu pulang dari Shah Alam ke Putrajaya, GPS itu akan memberi arahan supaya mengikuti Federal Highway. Mesti anda akan marah-marah di dalam hati;  ‘waklu federal highway, PLUS highway lagi dekat kot’. Saat itu anda akan berperang dengan diri anda sendiri samada mahu mengikuti federal highway atau plus highway, jika anda masih berdegil mahu mengikuti kata-kata GPS, anda akan tersadai di dalam kesesakan lalu lintas yang maha teruk. Saat itu, menangis air mata pun sudah tidak berguna lagi. Saat itu pasti anda menyumpah seranah GPS anda; ‘aku beli hang harga 900 ringgit, ni balasan hang kat aku no…takpa..takpa…’

7. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, pastikan tangan kanan ada di steering kereta, tangan kiri anda kekali di gear, kaki kanan senantiasa menekan brek dan mata fokus 100% terhadap lampu isyarat itu. Ini untuk memudahkan anda terus menggerakkan kereta di saat lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Jangan sesekali anda berfikir yang sementara menunggu lampu hijau dipersimpangan lampu isyarat adalah tempat yang papling sesuai untuk meng-update status di facebook atau twitter, memakai gincu, bergosip sebentar bersama rakan-rakan anda mahupun untuk tidur sebentar. Jika anda masih berbuat demekian, kelak kereta-kereta di belakang anda akan membunyikan hon-hon yang amat membingitkan telinga dah menyakitkan hati.

8. Tolong mahiri reverse parking dan side parking. Meskipun anda sudah punya lesen komepeten, itu tidak bermakna yang anda sudah mahir dalam side parking dan reverse parking. Anda hanya perlu memaksa lelaki-lelaki dalam ahli keluarga anda, tidak kisah lah ayah anda, abang anda mahupun adik lelaki anda. Percaya lah yang lelaki lebih cekap memandu berbanding perempuan. Cari sahaja sebarang tempat letak kereta kosong dan praktislah di situ. Keingginan yang tinggi dan sifat tidak berputus asa sangat diperlukan dalam diri anda. Bagi ahli keluarga anda yang anda paksa untuk menjadi pengajar itu pula, haruslah mempunyak tahap kesabaran super saiya. Mereka harus bersabar dengan diri anda yang mengambil masa selama 30 minit hanya untuk melakukan side parking

9. jangan menjamah sebarang bentuk makanan di dalam kereta. Tidak kisahlah apa jenis makanan seperti keropok, pizza, biskut, jajan, spagheti, nasi tomato, rendang tok, beef steak…atau apa-apa sahaja. Jangan sesekali anda mengotori kereta anda. Kelak, akan wujud satu koloni makhluk yang berwarna cokelat-cokelat keemasan atau lebih dikenali sebagai lipas.  Anda tidak mempunyai sebarang pilihan ketika memandu jika ada ternampak kelibat makhluk ini. Anda mahu menjerit juga tidak berguna, kerana tidak ada seorang pun yang bakal mendengar jeritan itu, tambahan pula jika anda memandu seorang diri. Anda mahu melompat-lompat di dalam keretea juga tidak berguna kerana itu sangat membahayakan nyawa anda. Apa yang boleh anda buat adalah memijak lipas itu dengan kaki anda sendiri dan mengendahkan sifat takut dalam diri anda meskipun saat dan ketika itu, setiap bulu roma dalam diri anda telah berdiri tegak dan anda tidak berhenti berpeluh seumpama anda baru selesa melakukan larian marthon 1000m.

10.  hanya kerana anda lulus sekolah memandu dengan warna yang berterbangan ( flying colours) tidak bermakna yang anda akan menghadapi dunia luar dengan warna berterbangan juga. Percayalah para pembaca sekalian, dunia jalan raya adalah lebih kejam dari apa yang anda bayangkan. Lori-lori besar yang sesuka hati berhenti di tepi jalan macam la jalan tu mak bapak dia punya, kereta-kereta yang tidak reti-reti memberikan ‘signal’ ketika membelok, motorsikal yang suka-suka mencelah-celah ketika anda sedang memandu laju serta 1001 jenis permasalahan lagi. Anda juga akan menyedari bahawa tahap kesabaran anda makin menipis hari demi hari, dan perkataan-perkataan mencarut makin kerap bermain di fikiran anda.

susah juga kan jadi pemandu wanita

words : A day at home 2

*sambil memasak di dapur*

opah :  selalunya kalau bini mengandung, suami dia yang wek-wek dulu, lepas tu la baru bini dia wek-wek

saya : eh, mana boleh…laki mana ada hormone oestrogen dengan progesterone…

opah : ha?? apa teron-teron???

thoughts : never say never- Justin Bieber

It’s not that I’m so smart, it’s just that I stay with problems longer (Albert Einstein)

*entry campur-campur macam rojak, english + malay = manglish, sorry language nazis out there*

Cuti musim panas saya sangatlah bosan. Bosan sebosan-bosannya. Masa-masa berlalu hanya dihabiskan dengan melekat di hadapan skrin komputer, buka page facebook, me-refresh news feed setiap 3 minit, kemudian bila bosan, cuba untuk menulis status baru dengan harapan status tersebut mendapat banyak ‘like’ atau ‘comment’ tetapi bila keadaan menjadi tidak seperti apa yang diinginkan ( tiada sesiapa yang like/comment ) status itu terpaksa di-buang sampahkan.

Ah, hidup. Sangat bosan. Waktu tengah sibuk dengan musim peperiksaan, 24 jam sehari itu sangat lah tidak cukup. 24 jam sehari tu lah yang terpaksa digunakan untuk tidur,makan, menelaah, online facebook ( cis, sempat saje ), stalk facebook orang, bergosip dengan kawan, menari lagu korea sorang-sorang dalam bilik serta 1001 aktiviti yang pelajar-pelajar senantiasa lakukan. Kini, cuti musim panas selama 3 bulan, sangatlah panjang dirasakan. Itu tidak termasuk lagi dengan jam biologi saya yang sudah rosak teruk umpama baru terhempas dari altitud 1000 m. Melelapkan mata pada pukul 4 pagi, dan bangun tidur pada pukul 12 tengah hari. Cis, sangat tidak boleh dijadikan menantu.

Bermacam-macam idea yang timbul untuk dilakukan sepanjang cuti ini, tetapi idea itu tenggelam timbul. Sekejap timbul, sekejap tenggelam, sekejap timbul, sekejap tenggelam. Macam biskut Chipsmore ( i wonder why Chipsmore? why not tiger? almond london ke? semprit ke ). Sebernas-bernas idea sehinggalah se-merapu merapu idea; mahu berbasikal sekeliling Putrajaya lah, pergi kelas ‘baking’ lah, cuba berkerja di Starbucks lah, ketuk pintu rumah setiap jiran dan edarkan artikel mengenai tingginya kolesterol dalam teh tarik dan roti canai lah, atau pergi menemu ramah mamak-mamak di kedai mamak mengenai resepi rahsia roti canai mereka lah.

Bak kata orang tua-tua; hangat-hangat tahi ayam.

Jadi, untuk mengisi masa yang tersangatlah lapang ini, saya cuba untuk bermain  sudoku. Sudoku level 1 if any of you are wondering. Pretty lame right? I’m 21 years, 1 month,4 days, and 20 hours old….yet i’m still playing sudoku. Sudoku level satu pulak tu.OMG. Ah, who cares…it’s never too late to learn something.

Have i told you that my biological clock memang dah rosak teruk dan hancur lebur ( gila rojak ayat ni, dah macam drama samarinda pulak ). Jadi, sebelum dapat saya melelapkan mata dan kebetulan pula jam baru sahaja menunjukkan pukul 1.30 pagi, saya pun ingin mengisi lapang dengan bermain sudoku. Bajet buat aktiviti ber-ilmiah lah tu.

1.30 pagi :

Sorry for the doctor-ly handwriting

 Not bad huh for a first timer?? * riak sikit*

2 minit pertama berjalan dengan lancar. Cemerlang, gemilang dan terbilang sekali. Saya dapat rasakan yang saya memang dilahirkan secara semulajadi untuk bermain sudoku secara professional. Hek eleh, senang je ni.

1.32 pagi

The moment of truth. I was getting stuck and i had no progress at all for the next 3 minutes. Stupid me, i shouldn’t be brag at first. Sekejap je tuhan nak balas.

1.35 pagi

peluh-peluh jantan membasahi dahi dan pipi, beberapa utas rambut gugur akibat digaru secara ekstreme. Nafas dihelah beberapa kali. Hyperventilation kicked started!

2.05 pagi

i had been living in this world for 21 years, now only i realise how ugly my handwriting is...

Screwed me, no progress at all!! i had stuck for 33 minutes and i had no progress at all, not at ALL!! Should i remind you again that this this is sudoku level 1 and for God sake, level 1??? 21 years old?? 2.05 am and still no progress at all?? I really should have ashamed of myself

Hidup ini memang banyak dugaan sungguh. Saya tahu saya tidak harus berputus asa. Jika saya berputus asa pada perkara yang semudah ini, saya pasti akan mudah putus asa terhadap perkara lain. Saya mungkin tidak bisa mengejar cita-cita saya; cita-cita untuk berkahwin dengan anak raja, cita-cita untuk memiliki Rolls-Royce saya sendiri, cita-cita untuk memusing dunia dalam 80 hari. cita-cita untuk merekod album sendiri bersama westlife….segala-galanya boleh hancur jika saya berputus asa sekarang.

2.15 am

“i’m such a suck”

” i wanna give up”

” i cannot give up”

” i must not give up”

” i will never say never, i will fight, i will fight till forever” ( justin bieber )

* hantuk-hantuk kepala kat bantal 10 kali*

” Come on, i know i can do this, it is just easy-peasy”

*guling-guling atas katil buat pusingan 360 darjah*

* try nak usha jawapan sudoku tu kat belakang page, but the voice inside me says NO* cissss

*hantuk-hantuk kepala kat bantal sekali lagi, kali ini untuk 20 kali”

“can i peep the answer??? pleaseeeeee”

2.25 am

OMG....i'm done!!

After approximately 1 hour of restless period, finally i did it!.See, all you need is a a a little bit of determination, courage, the i-will-never-give-up-justin bieberly- spirit, a little bit of  sweat at you-know-where and a few strains of hair loss due to extreme head scratch…who cares, the final result will be the most important thing ever!!

*
*
*
*
*

okay, i lied!! I was peeping the answer at the back of the page, i copy the answer for one box, then when i was still suck, i copied the whole answer and made it like my own work. :). Kids, please dont try this at home, jangan jadi macam akak ni ha,kalau waktu buat kerja sekolah tu, lepas tu tak tahu nak jawab soalan, jangan dok gatai intai jawapan kat belakang buku, nanti kalau mak hampa dapat tangkap hampa buat jahat, mau dia kejaq hampa satu rumah  pakai senduk dapoq.

Sorry Albert Einstein

Sorry Justin Bieber

But it was 2.25 in the morning, i was really sleep, and i was dying for a good sleep.

cis, sampai hati pak cik einstein jelir lidah kat aku

2.35 am

Slept soundly and peacefully

3.05 am

woke up suddenly, pusing kiri, pusing kanan, pusing 360 darjah sekali lagi, ambil balik buku sudoku tu, cuba untuk selesaikan game sudoku yang kedua….. dan…..pukul 4.50 pagi masih tidak tidur.

 

 

 

 

*liyana, anda memang tidak boleh jadi pakar motivasi…….